Dua orang Myanmar di tahan kerana cuba mengundi. Myanmar ini baru tiba di Malaysia 2 hari lepas dan terus diberikan ic untuk mengundi BN serta di beri wang rm1500.
Kotor mainan UMNO BN. Sanggup gadai kedaulatan negara.. kita undi PAS semua bagi menghalang khianat pemimpin2 BN
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sunday, May 5, 2013
Ghostbuster!
Monday, April 22, 2013
Calon Tangkap Muat Antara Sebab Pertindihan Calon
Rakaman Terbaik Penamaan Calon!
Sunday, April 21, 2013
Mesti Tonton! PR vs BN
Sumber: Facebook
Calon BN untuk kerusi parlimen Gelang Patah Datuk Abdul Ghani Othman memberi amaran kepada pengundi kawasan tersebut bahawa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin menjadi perdana menteri sekiranya mereka memilih lawannya, Lim Kit Siang dalam pilihan raya umum 5 Mei.Menteri besar dalam kerajaan sementara BN Johor itu berkata, beliau bimbang dengan keadaan tersebut.
“Apa yang beliau akan lakukan pada kita... betul atau tidak?,” katanya dalam ucapan tersebut.
Ditanya mengenai sumber maklumat tersebut, Ghani sekadar berkata, beliau mengetahui perkara itu daripada akhbar.
DAP berulang kali menegaskan bahawa ai akan menyokong ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya berjaya menawan Putrajaya.
BN bagaimanapun, terutamanya MCA, sering memberi amaran kepada pengundi Cina bahawa PAS, yang mempunyai kekuatan jentera dan keanggotaan paling besar berbanding parti lain dalam Pakatan, akan menuntut kedudukan perdana menteri sekiranya menang.
Umno pula di satu sudut lagi cuba meyakinkan pengundi Melayu bahawa DAP akan menjadi kuasa dominan dalam Pakatan tersebut.
Thursday, April 18, 2013
Fakta Menarik PRU13
Semakin hari, semakin sasau pemikiran Dr Mahathir yang sesak. Dia menuduh kalau Kit Siang menang, huru hara kaum akan berlaku. Orang Cina Malaysia jangan sekali kali lupa bahawa Dr Mahathir lah orang yang mempertikaikan pemberian kerakyatan kepada orang Cina dahuu. Dan orang2 cina dahulu adalah datuk nenek kami. Satu undi untuk BN menandakan kamu mencemar ingatan keatas nenek moyang kamu. One vore for BN means you dishonour the memory of your forefathers.
Cuba para pembaca fikirkan. Orang Cina dalam negara ini berapa ramai mereka? 24% dari jumlah pendudu 29 juta. Ertinya 7 juta orang. Orang Melayu berapa ramai? 55% dari penduduk. Yakni 16 juta. UMNO mengajar yang 16juta takut kepada 7 juta orang. Mahathir ingat Melayu pondan ke? Bagaimana yang 7 juta ini boleh mengancam kedudukan orang Melayu secara fisikal?
60% penduduk negara ini agama mereka Islam. Yang beragama kristian sebanyak 9%. Tapi UMNO ajar orang Melayu yang beragama Islam yang sebanyak 60% ini takut kepada yang 9%. Ini didikan UMNO.
Yang 9% ini mempunyai kekuatan luar biasa, keyakinan luar biasa sehingga dapat mengkristiankan yang 60%. Dari yang 60% itu, 20% ialah ahli UMNO. Seramai 3.2 juta. Yang 3.2 juta ini amat mudah di kristiankan? Bolehkah mubaligh kristian menasranikan Dr Mahathir, Muhyidin Yasin, Fathul Bahri atau Zul Nordin, atau Ibrahim Ali? Jika jawapan nya tidak, maka demikian juga lah jawapan nya kepada sama ada 9% ini boleh mengkristiankan orang Melayu yang beragama Islam.
DAP akan bertanding 50-52 kerusi parlimen. Jika DAP menang semua pun, DAP tidak boleh menubuhkan kerajaan secara berseorangan. Dia mesti dapat sokongan dan permuafakatan dari PAS dan PKR yang majority nya orang Melayu. Tentulah mustahil DAP dapat mendominasi orang2 PKR dan PAS.
DAP akur kepada perlembagaan Malaysia. Dan ia akur kapada kesemua peruntukan dalam perlembagaan Malaysia. Ini termasuklah kedudukan orang Melayu, Raja2 Melayu, Bahasa Melayu dan agama Islam.
Jadi, macam mana Mursyidul am UMNO boleh beritahu rakyat, tanpa sedikitpun malu dengan pembohongan nya, bahawa DAP boleh mencetuskan ketegangan kaum?
Yang mencetuskan huru hara ialah pihak yang tidak boleh menerima orang sudah menolak mereka. Yang mencetuskan huru hara ialah jenis Melayu yang dididik oleh UMNO 88 buatan Dr Mahathir. Jenis Melayu yang tidak menghormati pemikiran berbeza, yang tidak mampu menangkis penghujjahan dengan hujjah mereka sendiri. Jenis Melayu yang Dr Mahathir sifatkan sebagai pondan dan sebagai rapuh aqidah mereka.
credit to sakmongkol
Sunday, April 14, 2013
Rising Khilafah: Malaysia
Thursday, February 21, 2013
Trelar PAS Dilancarkan
Pada pentasnya pula tertulis Undilah PAS, PAS for All, Negara Berkebajikan.
Pelancaran ringkas hari ini hanya dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul hadi yang memohon kepada Allah agar proses perjalanan jelajah ini selamat.
Ia diikuti dengan pembukaan pentas pada badan treler ini yang menunjukkan rekabentuk latar belakang pentas bergerak ini.
Ustaz Hadi ketika sidang media menjelaskan, trak ini akan bergerak ke seluruh negara untuk menyampaikan mesej PAS kepada rakyat umum.
"Ini satu pendekatan baru agar kempen kita lebih lancar bergerak," kata Presiden PAS itu.
Mohamad Sabu pula dalam sidang media yang sama selepas pelancaran itu berkata, kos trak ini lebih RM100,000.
Namun kesemuanya disumbangkan oleh ahli PAS dan dermawan.
"Kawan-kawan kita beli dan dermakan kepada kita," katanya kerana duit PAS berada dalam poket ahli-ahlinya.
Program pertama yang akan menggunakan trak ini adalah dalam ceramah Pakatan Rakyat di Pendang 23 Mac ini.
Di samping itu, trak ini akan berhenti dari bandar ke bandar untuk menyampaikan mesej PAS.
Ketika ditanya di mana ia akan berhenti, Mohamad Sabu berkata, "Kita akan berhentia apabila sampai ke Putrajaya." -HD







Subscribe to:
Posts (Atom)


.png)


